Tuaran: Komuniti Kiulu, di sini dalam usaha mengkaji bagi melaksanakan ‘tagal’ hutan sebagai sebahagian daripada usaha memelihara flora dan fauna.Idea diketengahkan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai itu, dilaksanakan berikutan kejayaan sungai ‘tagal’ yang juga satu inisiatif untuk mengawal tangkapan ikan sekali gus menjadi tarikan pelancong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu itu berkata, penggunaan konsep tagal dalam kalangan masyarakat di hutan adalah langkah terbaik untuk menunjukkan dedikasi berterusan terhadap pemeliharaan alam sekitar termasuk habitat haiwan liar.






