PAPAR: Akan ada Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Sabah dalam Kabinet Persekutuan jika Barisan Nasional (BN) menjadi parti yang menang dominan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Pengerusi BN Kebangsaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi jaminan itu berkata beliau akan mencadangkan ini untuk dimasukkan dalam manifesto BN Sabah.
Beliau berkata ini adalah pendekatan baharu yang akan dicadangkan BN Sabah supaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak dan BN di Semenanjung dapat memasukkan cadangan untuk mempunyai TPM masing-masing dari Sarawak dan semenanjung.
Advertisement





