Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pakatan Harapan kekalkan cadangan tiga jawatan TPM diwujud
Published on: Monday, October 24, 2022
Published on: Mon, Oct 24, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pakatan Harapan kekalkan cadangan tiga jawatan TPM diwujud
Anwar ketika berucap pada program Jelajah Harapan Sabah di Sandakan, pada Ahad. – fotoBERNAMA
SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Advertisement
“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, pada Ahad.

Pada 4 September tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar,yang juga Presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di TAWAU pada Ahad, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.

Advertisement
“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.

Advertisement
Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here