Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiket harga ‘kayangan’, mahasiswa Sabah bimbang tak mampu pulang mengundi
Published on: Tuesday, October 25, 2022
Published on: Tue, Oct 25, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Tiket harga ‘kayangan’, mahasiswa Sabah bimbang tak mampu pulang mengundi
Isu tiket penerbangan terlampau mahal bukan perkara baharu, malah dibangkitkan setiap tahun, kata Marsis dan Gamis Sabah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pelepasan lima hari bermula 17 hingga 21 Nov untuk mahasiswa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi tidak bermakna bagi anak Sabah disebabkan harga tiket penerbangan yang terlampau mahal.

Presiden Markas Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) Mohd Shahrul Izzat Basri berkata, keadaan itu menimbulkan kerisauan kepada mahasiswa dari Sabah kerana mereka tidak mampu pulang mengundi.

Advertisement
Katanya, tiket penerbangan mahal ke Sabah bukan perkara baharu, malah isu itu sentiasa disebut sebagai senario tahunan.

“Hal ini dek kerana belum ada jalan penyelesaian yang konkrit dan terancang diambil, khususnya oleh kerajaan negeri Sabah, ibaratnya ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”,” katanya dalam kenyataan bersama dengan Timbalan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Sabah Mohd Faizal Kambah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, Marsis sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu harga tiket ke Borneo yang mahal pada musim perayaan, membebankan mahasiswa dan anak perantau lain untuk pulang menyambut Hari Raya.

“Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, menteri pengangkutan, menteri tugas-tugas khas dan ketua menteri kerana mahasiswa Sabah yang ada kesedaran mengundi tidak dapat pulang mengundi,” katanya.

Advertisement
Tarikh pengundian bagi PRU15 ditetapkan pada 19 Nov. Sabah hanya melaksanakan undian bagi kawasan Parlimen memandangkan DUN tidak dibubarkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here