Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penuhi tuntutan MA63, Sabah dan Sarawak layak Jawatan PM bukan TPM – Mohd Azis
Published on: Tuesday, October 25, 2022
Published on: Tue, Oct 25, 2022
Text Size:
Text:
Penuhi tuntutan MA63, Sabah dan Sarawak layak Jawatan PM bukan TPM – Mohd Azis
Mohd Azis berkata, apakah maksudnya Sabah dan Sarawak serta Malaya adalah rakan kongsi yang sama sedangkan PM hanya untuk Malaya?
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah dan Sarawak menuntut agar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditunaikan bukannya hanya membuat pengumuman pemberian ‘gula-gula politik’ untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman, berkata adakah  Sabah atau Sarawak tidak layak menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia selepas PRU15 atau pada masa depan?

Advertisement
“Adakah Sabah dan Sarawak hanya layak setakat menduduki kerusi TPM manakala jawatan PM hanya dikhaskan kepada Malaya?

“Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, pernah ditawarkan jawatan TPM semasa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semasa Datuk Seri Ismail Sabri tetapi kita tolak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apa yang rakyat Sabah dan Sarawak mahu ialah mereka persekutuan penuhi tuntutan MA63 dan perlu dilaksanakan dengan segera. Tiada lagi jawatankuasa, jangan berdolak-dalik lagi.

“Ketika ini kelihatan keadaan kewangan Persekutuan tidak akan bertambah baik. Kita khuatir ini hanya gula-gula PRU15.

Advertisement
“Kami mahukan keadilan serta  kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak. Bukan membuat pengumuman memberikan jawatan TPM kepada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Mohd Azis berkata, apakah maksudnya Sabah dan Sarawak serta Malaya adalah rakan kongsi yang sama sedangkan PM hanya untuk Malaya?

Advertisement
“Orang Sabah dan Sarawak bukan bodoh. Kami tidak mahu gula-gula PRU15 yang semata-mata janji demi janji, namun tiada banyak kemajuan apabila bercakap mengenai hak kami di kedua-dua negeri ini,” katanya.

Mohd Azis berkata, apa yang  rakyat Sabah dan Sarawak mahukan ialah apa sahaja dipersetujui semasa pembentukan Malaysia oleh nenek moyang mereka mesti dipenuhi dengan segera tanpa sebarang penangguhan lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here