Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Pengangkutan digesa kawal ketat harga tiket penerbangan
Published on: Thursday, October 27, 2022
Published on: Thu, Oct 27, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kementerian Pengangkutan digesa kawal ketat harga tiket penerbangan
Bung Moktar mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memasukkan pengundi muda sebagai kategori pengundi awal atau undi pos bagi memastikan mereka tidak terlepas menunaikan tanggungjawab demokrasi. - Foto FMT untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Kementerian Pengangkutan digesa mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata tanpa kawalan itu, pengundi Sabah serta Sarawak di Semenanjung, dan sebaliknya berdepan kesukaran untuk pulang mengundi kerana harga tiket yang dilihat semakin meningkat.

Advertisement
Jelasnya, kawalan itu dengan cara meminta syarikat penerbangan menurunkan kadar tambang juga penting bagi memastikan harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi berpatutan, sekali gus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU15.

“Kadar tambang pergi balik syarikat penerbangan, khususnya antara Sabah dan Semenanjung, menunjukkan kadar yang semakin tinggi menjelang dua tiga hari sebelum hari mengundi pada 19 Nov...ini sesuatu yang membimbangkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Situasi itu sesuatu yang merugikan negara terutama kepada golongan yang dijangka paling ramai terjejas iaitu pengundi muda atau Undi18 kerana kadar tambang mahal,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Markas Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Sabah dalam kenyataan Selasa lalu, membangkitkan mengenai pelajar Sabah di Semenanjung berdepan halangan untuk pulang mengundi disebabkan harga tiket penerbangan yang mahal.

Advertisement
Semakan di laman web mendapati harga tiket pergi balik antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur untuk tarikh 18 dan 19 Nov adalah pada kadar RM400 hingga RM700 bergantung kepada masa, pakej dan syarikat penerbangan.

Dalam pada itu, Bung Moktar mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memasukkan pengundi muda sebagai kategori pengundi awal atau undi pos bagi memastikan mereka tidak terlepas menunaikan tanggungjawab demokrasi.

Advertisement
Beliau berkata melalui kaedah kedua-dua kategori itu akan dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakmampuan pelajar membeli tiket penerbangan yang mahal untuk pulang mengundi, khususnya pelajar Sabah atau Sarawak di Semenanjung dan sebaliknya.

“SPR perlu mencari jalan bagi memudahkan golongan pelajar atau pengundi muda 18 tahun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan antara kaedah terbaik ialah memasukkan mereka sebagai pengundi awal atau pengundi pos,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here