Tue, 19 May 2026
Headlines:
Membantu usaha dakwah Usia
Published on: Thursday, October 27, 2022
Published on: Thu, Oct 27, 2022
Text Size:
Text:
Membantu usaha dakwah Usia
ARIFIN (tengah) bersama Sapawi (kanan) semasa simbolik perasmian pelancaran majlis itu.
PERSATUAN Islam Bersatu Sabah (Usia) disaran melaksanakan usaha dakwah melalui Pelan Strategik Pembugaran Usia agar gerakan itu lebih sistematik dan seiring dengan era digital semasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata rancangan itu akan menjadi dimensi baharu kepada Usia untuk meningkat dan memperkasakan semula peranannya, terutama dalam aktiviti dakwah seperti yang dilakukan pada awal penubuhannya.

Advertisement
Beliau berkata, dakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan sekiranya pendakwah dan pertubuhan Islam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kerana semua maklumat kini boleh dicapai di hujung jari.

“Kita perlu meneroka pelbagai ilmu disiplin seperti sains dan teknologi agar usaha dakwah yang dijalankan dapat diperkasakan dan lebih proaktif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelbagai ilmu seperti ini akan membolehkan kita memberi kefahaman dalam menjadikan misi kepada kumpulan sasar lebih berkesan dan kualitatif,” katanya pada majlis pelancaran rasmi Pelan Strategik Pembugaran Usia 2022-2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 15 Oktober.  Ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Ketua Menteri berkata peranan dan sumbangan Usia terhadap umat Islam dan rakyat Sabah secara keseluruhannya amat besar sejak penubuhannya oleh pengasasnya, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun serta peranannya sebagai perintis dalam gerakan dakwah Islamiah di Sabah.

Advertisement
Beliau turut melahirkan harapan agar Usia bekerjasama dengan persatuan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan lain dalam menggerakkan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here