Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RUU Anti Lompat Parti dibentang tidak lama lagi
Published on: Thursday, October 27, 2022
Published on: Thu, Oct 27, 2022
Text Size:
Text:
RUU Anti Lompat Parti dibentang tidak lama lagi
Hajiji berkata beliau tidak pasti mengenai Wetrom sama ada dia benar-benar keluar atau tidak kerana masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripadanya. - Foto Bernama
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri meneruskan rancangannya untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan hujung bulan depan.

“Kita akan bawa atau perkenalkan RUU ini semasa sidang DUN. Rang Undang-undang ini tidak boleh dibentangkan sekarang kerana Pilihan Raya Umum akan diadakan tidak lama lagi.

Advertisement
“Tetapi, RUU itu memerlukan sokongan daripada pembangkang kerana kita perlu mempunyai majoriti dua pertiga,” katanya.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menolak khabar angin bahawa empat Adun GRS akan meninggalkan gabungan itu untuk menyertai pembangkang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Adun Pitas Dato’ Sri Ruddy Awah, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Adun Kuamut Datuk Masiung Banah dan Adun Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin dikhabarkan mengikuti langkah Datuk Wetrom Bahanda dari Bandau yang meninggalkan Bersatu dan GRS untuk menyertai Warisan Sabtu lalu.

Ruddy, Rubin dan Masiung mengeluarkan kenyataan berasingan bahawa mereka tetap setia kepada GRS dan menyokong penuh Hajiji.

Advertisement
Pada masa sama, Hajiji berkata beliau tidak pasti sama ada Wetrom benar-benar keluar kerana tiada pengumuman rasmi daripadanya, kecuali dalam media sosial.

“Mana ada lompat (itu tidak benar) (merujuk kepada empat Adun).
Advertisement
“Saya tidak tahu tentang seorang lagi (Wetrom) sama ada beliau melompat parti atau tidak kerana masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripadanya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penghargaan Pesara Perkhidmatan Awam Sabah 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 18 Okt.

Wetrom digambar sedang duduk bersama Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa program parti itu di Jalan Gaya pada keesokannya. Tetapi beliau masih belum mengumumkan secara rasmi menyertai Warisan.  Shafie juga berkata parti itu perlu melihat terlebih dahulu sama ada Wetrom benar-benar boleh menang pada PRU15 akan datang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here