Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
289,000 murid dapat manfaat daripada skim
Published on: Thursday, October 27, 2022
Published on: Thu, Oct 27, 2022
Text Size:
Text:
289,000 murid dapat manfaat daripada skim
Shahelmey menyampaikan BSS kepada salah satu murid in Putatan.
LEBIH 289,000 murid dari 1,075 sekolah rendah di Sabah mendapat manfaat daripada inisiatif Bantuan Sosial Sekolah (BSS) Kerajaan Negeri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, beban ibu bapa atau penjaga sedikit sebanyak diringankan.

Advertisement
“Sebanyak 1,075 sekolah rendah melibatkan lebih 289,000 murid tidak kira sama ada berstatus B40 atau M40. Mereka semua layak,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan BSS kepada lapan sekolah rendah di Putatan di SK Pekan Putatan. Antara bantuan yang diberikan ialah pakaian serta kasut sekolah, buku latihan dan alat tulis.

Shahelmey berkata, beliau berharap pengagihan BSS akan selesai pada penghujung tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami meminta kerjasama daripada beberapa sekolah yang mungkin tidak mengemaskini data murid mereka untuk berbuat demikian dalam sistem D-BaSS bagi tujuan pengagihan BSS. Ini supaya tiada murid tercicir BBS,” katanya.

Setakat ini, 88 sekolah rendah melibatkan seramai 16,500 murid telah menerima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah.

Advertisement
Turut hadir Pegawai Daerah Putatan Mokhtar Hussin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Myrna Jimenez, Pengurus Besar Kosan Abdul Rahman Laman dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Robert John.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here