Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Enam nelayan Vietnam didenda RM1 juta
Published on: Friday, October 28, 2022
Published on: Fri, Oct 28, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Enam nelayan Vietnam didenda RM1 juta
Warga Vietnam itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda sehingga RM6 juta bagi juragan, dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Enam nelayan Vietnam didenda sejumlah RM1 juta kerana cuba menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada kesemua warga Vietnam itu yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadap mereka, pada Rabu.

Advertisement
Mereka ialah juragan Nguyen Thai Hoa, 32, kru Huynh Van Dat, 27, Truong Van Tham, 39, dan Nguyen Van Lon, 47, Nguyen Xua, 53, dan Tran Cong Chuong, 23.

Juragan itu didenda RM500,000 atau penjara lima bulan manakala setiap anak kapal didenda RM100,000 atau penjara empat bulan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Enam tertuduh didapati cuba menangkap ikan tanpa sebarang permit di dalam sebuah kapal nelayan asing pada jam 2.57 petang 18 Sept tahun ini di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.

Warga Vietnam itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda sehingga RM6 juta bagi juragan, dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Semasa rayuan, peguam Luke Ressa Balang yang mewakili kesemua warga Vietnam itu meminta hukuman ringan dengan mengatakan tertuduh yang semuanya nelayan itu hanya mahu mencari pendapatan untuk menyara keluarga di Vietnam, dan mereka tidak berniat melakukan jenayah.

Luke berkata mereka sangat menyesal dan mahu pulang ke negara mereka secepat mungkin.

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurun Nazifah Muhammad Iyen dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab penangkapan ikan secara haram yang dilakukan oleh nelayan asing telah menjejaskan sumber laut dan mata pencarian nelayan tempatan, khususnya di Sabah. Mahkamah memerintahkan supaya kapal itu dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Kesemua warga Vietnam itu juga diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here