Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes demam denggi Sabah meningkat tiga kali ganda
Published on: Sunday, October 30, 2022
Published on: Sun, Oct 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kes demam denggi Sabah meningkat tiga kali ganda
Gambar: tips-kesihatan.com (Untuk Tujuan Hiasan Sahaja)
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan peningkatan jumlah kes demam denggi lebih tiga kali ganda hingga minggu ke-42 tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

Beliau berkata peningkatan kes yang sangat membimbangkan itu dapat dilihat apabila sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Advertisement
Safar berkata lima kes kematian akibat demam denggi turut direkodkan di Sabah setakat ini melibatkan tiga kes di Sandakan manakala masing-masing satu di Papar dan Tawau.

“Setakat 22 Okt, Sandakan menjadi antara lima daerah mencatat kes demam denggi tertinggi iaitu 1,394 kes diikuti Kota Kinabalu (1,155 kes), Tawau (387 kes), Lahad Datu (349 kes) dan Putatan (344 kes),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Beliau berkata sejumlah 74 lokaliti wabak aktif direkodkan masing-masing 11 wabak ‘hotspot’, 11 wabak tidak terkawal dan 52 wabak terkawal di seluruh  Sabah melibatkan tujuh daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Penampang dan Pitas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Safar berkata kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi negeri juga telah bermesyuarat pada 27 Okt bagi membincangkan situasi yang sangat membimbangkan itu.

Beliau berkata masyarakat dinasihat supaya sentiasa mengambil tindakan kawalan pencegahan demam denggi dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, menyembur aerosol, kerap menggunakan bahan mencegah gigitan nyamuk dan menyental bekas tadahan air seminggu sekali.

Advertisement
“Kerajaan Sabah juga menyarankan individu mengalami gejala penyakit demam denggi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi demam denggi berdarah terutama bagi golongan kanak-kanak serta golongan yang mempunyai penyakit komorbid,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here