Kota Kinabalu: Empat pemain remaja perempuan Sabah disenarai pendek untuk skuad kebangsaan Malaysia dalam kejohanan Ragbi Siri Asia 7’s Bawah-20 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada 5-6 November.Marytheresa Raj Thevaraj, yang dua kali mewakili Sabah di Sukma pada 2018 dan 2022, Emylyea Iskandar dan Mary Isabelle Sylvester daripada skuad Sukma 2022 serta Julianne Myra Robin adalah antara 21 yang disenaraikan untuk pemilihan.
Mereka kini menjalani latihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dan proses pemilihan melibatkan perlawanan latihan bersama pasukan senior.
Advertisement





