Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jadikan perbezaan sebagai kelebihan: Ketua Menteri
Published on: Monday, October 31, 2022
Published on: Mon, Oct 31, 2022
Text Size:
Text:
Jadikan perbezaan sebagai kelebihan: Ketua Menteri
Hajiji menyertai perarakan dari padang pekan Tuaran mengeliling pekan Tuaran ke Dewan Seri Sulaman sempena sambutan itu.
Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mahu rakyat negeri ini khususnya masyarakat Islam agar sentiasa mencontohi Rasulullah SAW dalam perilakunya mengekalkan keharmonian antara masyarakat.Katanya, rakyat harus terus menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan mencontohi Rasulullah SAW dalam segala perilaku dan usahanya menjaga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam.
Advertisement
Mengimbas kembali sejarah Rasulullah SAW semasa berada di Madinah, beliau berkata, Baginda telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai kaum yang tinggal berhampiran Kota Madinah demi meningkatkan lagi kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran serta menghindar kekacauan.
“Inilah prinsip “Ukhuwah Insaniah” yang telah diterapkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam masyarakat Madinah.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sesungguhnya kemuliaan umat Islam, bahkan jatuh bangun sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan dan kesepaduannya”, katanya pada Majlis Pelancaran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran Tahun 2022 di Dewan Seri Sulaman, pada Ahad.

Beliau berkata, semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta terhadap Rasululullah SAW.
Advertisement
Hajiji berkata, Maulidur Rasul yang disambut hakikatnya bukanlah sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-mata, tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh manusia. Menurutnya, dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah contoh dalam mengangkat ukhuwah insaniah (persaudaraan kemanusiaan) dan Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa mahupun keturunan.
Advertisement
Justeru katanya, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”, amat tepat dan signifikan dengan kehidupan masyarakat di negeri ini. Beliau berkata, apa jua perbezaan yang wujud, hendaklah dijadikan sebagai kelebihan dan bukan kelemahan, sementara persamaan pula hendaklah dijadikan sebagai sumber kekuatan.

“Kita jalin serta perkukuhkan lagi perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan sikap bertoleransi sebagai sebuah keluarga yang besar. “Prinsip inilah yang diterapkan oleh Nabi Muhammad SAW tatkala membangun Kota Madinah”, jelasnya. “Walaupun Nabi Muhammad SAW telah mempusakakan al-Quran dan sunnahnya sebagai pedoman kita, namun semakin tua umur dunia ini, maka semakin hebat cabaran yang perlu ditempuhi khususnya kita sebagai umatnya”. “Ini termasuklah cabaran dalam menghadapi helah dan tipu muslihat musuh yang semakin licik dan akibat kejahilan manusia itu sendiri. “Justeru setiap cabaran dan rintangan tersebut perlu kita tangani dengan kebijaksanaan, strategi, ilmu pengetahuan dan juga kemahiran yang sebenar melalui semangat keluarga Malaysia”, tegasnya. Hajiji turut mengajak rakyat negeri ini agar bersama-sama kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam membantu memulihkan kembali ekonomi negeri yang terjejas akibat pandemik Covid-19. “Semoga semangat kebersamaan kita itu dapat memberikan impak tinggi sekali gus dapat membina kesatuan masyarakat negeri ini yang dinamik dan bersatu padu”, tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here