Kota Kinabalu: Usaha pemuliharaan penyu terancam di Sabah sedang bergerak lancar, lebih-lebih lagi dengan rekod pendaratan penyu yang konsisten di sini.Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Maklarin Lakim berkata, pemuliharaan dan pegawai taman gembira dengan situasi pendaratan penyu di negeri ini ketika ini.
“Dengan penyu mendarat di pulau-pulau seperti Manukan dan bertelur di sana, ia menjadi petanda baik untuk usaha pemuliharaan,” katanya.
Advertisement





