Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
724 penduduk terjejas banjir di lima daerah
Published on: Wednesday, November 02, 2022
Published on: Wed, Nov 02, 2022
Text Size:
Text:
724 penduduk terjejas banjir di lima daerah
Di Sipitang, seramai 55 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dipindahkan membabitkan PPS Dewan Mini Mesapol (47 mangsa, 18 keluarga) dan PPS Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (lapan mangsa, dua keluarga).
Kota Kinabalu: Tiga lagi daerah iaitu Tenom, Keningau dan Sipitang dilanda banjir, selepas Kunak dan Penampang, sekali gus menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak kepada 724 mangsa daripada 201 keluarga, berbanding 75 orang daripada 14 keluarga pada sebelah pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan tujuh lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang Selasa iaitu tiga di Tenom, Keningau (2) serta dua di Sipitang.

Advertisement
Seramai 298 mangsa daripada 80 keluarga dipindahkan di Tenom dengan PPS Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 259 mangsa daripada 71 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga) dan Rumah Kebudayaan Gunting (10 mangsa, dua keluarga).

Sementara itu di Keningau sebanyak 296 mangsa daripada 87 keluarga dipindahkan melibatkan PPS Dewan Gereja Kampung Senangang (199 mangsa, 40 keluarga) dan PPS Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (97 mangsa, 47 keluarga).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di Sipitang, seramai 55 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dipindahkan membabitkan PPS Dewan Mini Mesapol (47 mangsa, 18 keluarga) dan PPS Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (lapan mangsa, dua keluarga).

Menurut kenyataan itu PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak yang dibuka Isnin lalu masih menempatkan 66 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang yang dibuka awal pagi Selasa turut mengekalkan penempatan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

Advertisement
“Trend semasa mangsa banjir ketika ini meningkat, manakala hujan lebat telah berhenti pada petang ini (Selasa),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman sesawangnya memaklumkan Sungai Pegalan di Ansip, Keningau yang melebihi tahap bahaya pagi Selasa menurun ke paras normal pada petang, manakala Sungai Padas di Tenom meningkat ke tahap amaran pada 176.91 meter (m) berbanding 157.57m pagi Selasa.

Advertisement
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan turut memaklumkan Jalan Amboi 1 di Tenom ditutup dan tidak selamat untuk dilalui orang ramai ekoran kerosakan jalan akibat banjir kilat.

“Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tenom-Kuala Tomani,” menurut JKR.

Menurut jabatan itu, Jalan Beaufort di Menumbok tidak boleh dilalui kenderaan kecil petang Selasa berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Padas, justeru penduduk dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Jalan Limbawang Bypass.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here