Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemain Sabah dipilih kapten pasukan B-20 kebangsaan
Published on: Thursday, November 03, 2022
Published on: Thu, Nov 03, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pemain Sabah dipilih kapten pasukan B-20 kebangsaan
(DARI kiri) Emylyea, Marytheresa dan Mary.
Kota Kinabalu: Pemain Sabah Marytheresa Raj Thevaraj dinamakan sebagai kapten pasukan Bawah-20 kebangsaan yang akan beraksi di kejohanan ragbi tujuh sebelah B-20 Asia di Uzbekistan yang akan berlangsung dari 5-6 November.Pemain berumur 19 tahun dari Penampang itu sudah dua kali mewakili Sabah di Sukan Malaysia (Sukma) di mana dia membantu pasukan memenangi emas pada 2018 dan gangsa tahun ini.

Advertisement
Dia ketika ini berada di tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah mengambil ijazah dalam bidang bioteknologi selepas menamatkan sekolah menengah di Maktab Sabah, dan merupakan pelajar Maktab Sabah pertama mengetuai pasukan kebangsaan dalam ragbi.

Marytheresa mempunyai banyak pengalaman selepas pernah bermain untuk Malaysia pada kejohanan ragbi Asia Bawah-17 pada 2017 di Dubai, UAE dan turut bermain dalam banyak kejohanan kategori kumpulan umur dan terbuka sejak 2015.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, rakan sepasukannya di Sukma, Emylyea Iskandar, 18, dan Mary Isabelle Sylvester, 19, kedua-duanya dari Sandakan turut berada dalam senarai akhir 12 pemain.

Mereka merupakan antara 21 pemain termasuk seorang lagi pemain Sabah, Julianne Myra Robin yang disenarai pendek untuk percubaan pemilihan sebelum ini.

Advertisement
Pasukan akan diketuai oleh pengurus pasukan Ahmad Effendy Abdul Razak dengan Er Emran L Mohd Ali sebagai ketua jurulatih, dibantu oleh Normasyirah Zahari dan fisioterapis Nur Ainsafia Umar Hamizi.

Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU), Vella Tan gembira dengan pemilihan tiga pemain itu.

Advertisement
“Kami sangat gembira untuk mereka dan juga bangga kerana bakat mereka telah membolehkan mereka meraih tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Selain itu, pelantikan Marytheresa sebagai kapten pasukan adalah satu penghormatan kepada negeri dan juga pengiktirafan terhadap kualiti kepimpinan individu dimilikinya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here