Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Skim KWSP khas untuk atlet Sabah
Published on: Thursday, November 03, 2022
Published on: Thu, Nov 03, 2022
Text Size:
Text:
Skim KWSP khas untuk atlet Sabah
Insentif tersebut akan diberikan melalui Program Caruman KWSP untuk atlet Sabah mulai tahun hadapan.
KERAJAAN Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada atlet Sabah mulai tahun depan (2023).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata inisiatif itu khusus ditujukan kepada atlet yang serius dalam bidang sukan.

Advertisement
Beliau berkata mulai tahun depan, semua atlet yang mewakili Sabah ke Sukma dan Para Sukma akan menerima caruman KWSP sebanyak RM50 sebulan, yang akan dibiayai oleh Kerajaan Sabah.

“Saya berharap sumbangan ini menjadi titik tolak kepada atlet negeri untuk berlatih dengan lebih serius, menjadikan sukan sebagai kerjaya dan pembina masa depan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini juga akan memastikan kesinambungan sumbangan apabila atlet kita beralih ke alam pekerjaan nanti. Tahniah KBSS atas keprihatinan dan usaha berterusan memperjuangkan kebajikan atlet di negeri ini,” katanya pada majlis penyampaian insentif kemenangan kepada atlet Sabah yang memenangi pingat di Sukan Komanwel XXII-Birmingham 2022, Para Asean XI-Solo 2022, Sukan Malaysia (SUKMA) XX-MSN 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 27 Oktober. Ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri akan terus menyediakan peruntukan yang besar dan konsisten bagi memastikan lebih banyak aktiviti sukan dapat dijalankan, selain menyediakan infrastruktur dan teknologi sukan moden bagi memenuhi keperluan atlet berlatih dengan lebih cekap.

Advertisement
Hajiji berkata melalui Dasar Sukan Sabah, Kerajaan berusaha ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat Sabah.

Menurutnya, selain penyediaan kemudahan sukan yang lebih selesa di semua kompleks sukan di seluruh negeri, bangunan Arena Belia juga wujud untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kemasyarakatan.
Advertisement
Hajiji berkata pembangunan belia melalui aktiviti sukan sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan dalam membentuk masyarakat yang harmoni, bertolak ansur dan bersatu padu.

“Sukan bukan sahaja mampu membina jati diri dan disiplin tinggi masyarakat khususnya golongan muda yang menjadi harapan kita pada masa hadapan, malah dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” tegasnya.

Beliau berkata jumlah keseluruhan insentif kemenangan yang diberikan kepada atlet cemerlang ialah RM481,600, jumlah yang agak besar tetapi sangat berbaloi dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk terus menarik minat dan penyertaan belia Sabah dalam bidang sukan.

Insentif kemenangan RM10,000 diberikan kepada pemenang tunggal di Sukan Komanwel Birmingham, manakala insentif berjumlah RM68,000 diberikan kepada pemenang Sukan Solo Para Asean dan insentif berjumlah RM292,600 diberikan kepada pemenang Sukma 2022 .

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga tidak melupakan usaha gigih semua jurulatih dan pengurus pasukan yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjaga kebajikan pasukan masing-masing, dengan memberi insentif berjumlah RM69,000 kepada jurulatih dan RM42,000 kepada pengurus pasukan yang atletnya berjaya menyumbang pingat pada Sukma bulan lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here