Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kumpulan 36 jemaah terkandas di Arab Saudi selamat tiba
Published on: Friday, November 04, 2022
Published on: Fri, Nov 04, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kumpulan 36 jemaah terkandas di Arab Saudi selamat tiba
Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini berkata seramai 63 jemaah umrah terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas. (Gambar Reuters)
Kuala Lumpur: Kementerian Luar Negeri sedang berusaha untuk membawa pulang 63 jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan pertama seramai 36 jemaah umrah tersebut telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.50 pagi tadi, dan 27 jemaah lagi akan dibawa pulang menerusi penerbangan seterusnya.

Advertisement
“Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ini adalah untuk memelihara hubungan dua hala yang akrab antara Malaysia dengan Arab Saudi, dan keistimewaan yang telah diberikan kepada Malaysia seperti kemudahan visa pelancong yang hanya diberikan kepada 49 negara sahaja,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam membantu usaha tersebut dan kerajaan kekal komited untuk memastikan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara melalui bantuan konsular berdasarkan kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963.

“Warganegara Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara,’’ menurut kenyataan itu.

Advertisement
Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

Semua jemaah telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas, namun mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

Advertisement
Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here