Kota Kinabalu: Persatuan Karate Shotokan Sabah (SKAS) meraih satu emas, dua perak dan empat gangsa pada Kejohanan Karate Kanak-Kanak Super Milo 2022 anjuran AAK (Association for the Advancement of Karatedo) di Quezon City, Filipina hujung minggu lalu.
Pemegang tali pinggang hitam berumur 15 tahun, Andryan Sze Hoong Choong memenangi satu-satuya emas untuk pasukan dalam kumite dan juga satu gangsa dalam kata individu.
Pemenang pingat lain ialah Izz Danial Jauw, 16, dan Fanz Xavier Fancey Sami, 13, yang meraih dua perak dalam kumite, sementara gangsa menerusi acara kata daripada Ethan Yee Victor, 12, Isen Chong Kai Yuan, 13, dan Yong Kai Le, 14.
Presiden SKAS dan ketua jurulatih Simon Chia berkata ia adalah kejohanan yang berjaya buat enam ahli pasukan yang membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa dan gembira melihat mereka semua memenangi pingat.
“Ini merupakan kejohanan antarabangsa kedua yang disertai oleh SKAS pada 2022. Ia adalah kejohanan yang berjaya walaupun ada beberapa isu penerbangan disebabkan taufan di Filipina.
“Pertandingan itu memberikan peluang kepada atlet muda kita untuk mendapatkan pendedahan berharga dan kami sangat bangga dengan usaha dan semangat kesukanan mereka.
“Kerja keras mereka dalam latihan tentunya telah menghasilkan keputusan yang baik,” katanya.
Sementara itu beliau turut mengumumkan bahawa Kejohanan Karate Terbuka SKAS ke-3 2022 akan diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) pada 10-11 Disember.
Mereka yang berminat boleh log masuk ke https://www.
skasevents.com/, www.
facebook.com/shotokankaratesabah, emel shotokankaratesabah@gmail.com atau hubungi 013 8639707.