Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam dinasihat sentiasa bersikap profesional
Published on: Friday, November 04, 2022
Published on: Fri, Nov 04, 2022
Text Size:
Text:
Penjawat awam dinasihat sentiasa bersikap profesional
Safar meminta supaya Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) untuk meneliti dan mengkaji cadangan mentransformasikan proses pengurusan dokumen DUN di semua kementerian secara digital.
Kota Kinabalu: Penjawat awam negeri dinasihatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai profesionalisme semasa melaksanakan tanggungjawab apabila keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong (gambar) berkata, nilai dan etika tersebut wajib untuk dituruti sepertimana yang telah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Tahun 2008.

Advertisement
“Saya suka memetik sebahagian daripada Peraturan 225 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Tahun 2008 iaitu.. ‘Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), seorang pegawai adalah dilarang mengambil bahagian secara aktif atau menjalankan sebarang kegiatan politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

“Bagi mereka yang ditugaskan sebagai pegawai dan petugas pilihan raya, saya harap anda semua dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemantapan Penyediaan Jawapan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Safar meminta supaya Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) untuk meneliti dan mengkaji cadangan mentransformasikan proses pengurusan dokumen DUN di semua kementerian secara digital.

Katanya, pembaharuan ini penting memandangkan hampir keseluruhan proses pengurusan dokumen DUN di semua kementerian masih dilaksanakan secara manual.

Advertisement
“Ini bukan sahaja memudahkan proses, malah akan menjadi pusat penyimpanan kepada data-data berkaitan soalan dan jawapan DUN terdahulu.

“Ini juga selari dengan inisiatif pendigitalan menuju Kerajaan Pintar (Smart Government) oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun mulai 2020,” katanya.

Advertisement
Seminar Pemantapan Penyediaan Jawapan Sidang Dewan DUN yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman mengenai proses, isu pengurusan dan kaedah menjawab soalan dewan mengikut kehendak Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri.

Seramai 219 orang terdiri daripada Setiausaha Tetap, Ketua Jabatan, Pengarah Bahagian, serta pegawai perkhidmatan awam negeri menyertai seminar berkenaan yang dianjurkan secara bersama antara Bahagian Pembangunan Kapasiti, JPAN dengan Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Sr Lee Chun Khiong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPAN, Josie Lai mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Datuk Ridhwan Roger Linus, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti merangkap Pengerusi Penganjur Bersama, Charles William Dabbi, dan Timbalan Pengarah II Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah, Jennitah Noordin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here