Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cita-cita permata baharu para olahraga Sabah
Published on: Saturday, November 05, 2022
Published on: Sat, Nov 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Cita-cita permata baharu para olahraga Sabah
ELISSIEBALL Jonal sudah bersedia untuk bergelar atlet kebangsaan seterusnya mengharumkan nama negara dalam usaha mengubah kehidupan keluarga.
Kuala Lumpur: Permata baharu para olahraga Sabah, Elissieball Jonal sudah bersedia untuk bergelar atlet kebangsaan seterusnya mengharumkan nama negara dalam usaha mengubah kehidupan keluarga serta menjadi contoh terbaik kepada adik-adiknya.

Keyakinan tersebut dibuktikan apabila atlet berusia 18 tahun berasal dari kawasan pedalaman di daerah Nabawan, Sabah itu merangkul pingat emas Lompat Jauh Wanita F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini.

Advertisement
Pada saingan final itu, Khamis, Elissieball yang bakatnya mula diasah sejak kira-kira tiga bulan lalu berjaya mencuri tumpuan menerusi catatan lompatan sejauh 4.84 meter (m) yang menghampiri rekod kejohanan 4.91m.

Beliau yang sebelum ini sering membantu keluarga di kampung, berazam mahu meringankan beban kedua-dua ibu bapa yang ketika ini membuat kerja-kerja sebagai petani di Kampung Ulu Mosopoh, mencapai taraf kehidupan yang lebih baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebelum ini saya di kampung belajar dan bantu mama… (kemudian) dicari dan diberikan peluang wakil Sabah...saya sangat gembira dapat emas sudah...sasaran saya mahu dapat emas di Sukan Para Asean 2023 dan kalau boleh di Sukan Para Asia juga,” katanya kepada Bernama.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran menjadi atlet kebangsaan sekiranya ada, beliau berkata: “Terima...sebab saya mahu mengubah nasib keluarga dengan menjadi seorang atlet Malaysia. Kehidupan saya sederhana saja,” katanya yang berharap dapat terus berlatih di Sabah jika terpilih.

Advertisement
Pada masa sama, anak ketiga daripada tujuh beradik itu amat menyokong penglibatan adik-adiknya dalam bidang sukan dan berharap mereka dapat mencapai kejayaan di kemudian hari.

“Mereka main sukan tapi tidak sampai ke tahap ini (kebangsaan)...harapan saya semoga adik-adik saya ikut macam kakak mereka,” kata atlet yang peramah itu sambil tertawa tersipu-sipu malu.

Advertisement
Sementara itu, jurulatih skuad para olahraga Sabah yang enggan namanya didedahkan berkata Elissieball mula menjalani latihan secara komprehensif pada Julai lalu selepas kali terakhir bersama pasukan pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda.

“Dia ada kekuatan semula jadi dan kompisisi tubuh yang baik, harap dia boleh lompat lepas 5m dan mewakili Malaysia. Ketika berusia 15 tahun dia sudah berjaya lompat 4.70m dan menang perak dalam kejohanan peringkat kebangsaan di Johor pada 2019,” katanya ketika ditemui Bernama. Menurut beliau, MSN ada menunjukkan minat untuk menyerap Elissieball ke dalam kem kebangsaan, namun beliau berharap anak buahnya itu mendapat kelonggaran meneruskan latihan di Sabah seperti yang diberikan kepada atlet-atlet kebangsaan dari negeri itu sebelum ini.

Katanya Elissieball mempunyai potensi cerah untuk membutirkan emas di Sukan Para Asean 2023, yang diyakini bakal menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan jika mendapat perhatian khusus.

Sebagai perbandingan, catatan 4.84m dicipta Elissieball tidak kurang hebat berbanding rekod 5.20m yang dicipta jaguh para olahraga wanita negara Siti Noor Radiah Ismail ketika memenangi gangsa lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pada Sukan Para Asia 2018, pemenang emas acara itu Oktavia Rica dari Indonesia mencipta 5.25m yang merupakan rekod Asia sementara 4.99m merupakan catatan terendah dalam saingan final Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dilakukan Irina Potekhina dari Russian Paralympic Committee (RPC).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here