Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan Peter Anthony bantu siasatan insiden kecoh di Tenom
Published on: Monday, November 07, 2022
Published on: Mon, Nov 07, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis tahan Peter Anthony bantu siasatan insiden kecoh di Tenom
Rusuhan di pusat penamaan calon Tenom
Kota Kinabalu: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony ditahan di sini tengah malam Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Tenom awal Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pagi Ahad.

Advertisement
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 24A(2) Akta Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut pihak polis seterusnya membawa kepada tangkapan Datuk Peter Anthony bagi membantu siasatan. Siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar dan beliau diberi (dibebaskan dengan) jamin polis pagi ini,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peter ditahan ketika hadir di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Karamunsing di sini.

Sabtu lalu, tular di media sosial rakaman video kejadian kekecohan di luar pusat penamaan calon itu yang menunjukkan sekumpulan individu, dipercayai penyokong KDM, merusuh sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Advertisement
Idris dilaporkan berkata kekecohan itu berpunca daripada penolakan pencalonan Peter oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dengan alasan beliau masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

Pada 26 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah.

Advertisement
Mahkamah itu juga pada 1 Ogos lepas membenarkan permohonan Peter bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya.

Peter memfailkan permohonan tersebut bagi membolehkannya bertanding pada PRU15.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here