Kota Kinabalu: Proses membina bangunan menggunakan Sistem Binaan Perindustrian (IBS) mudah dan pantas, seperti memasang Lego berketepatan tinggi.“Bukan sahaja ia ringan, kerangka keluli IBS sangat kuat, tahan lama. Malah teknologi IBS diiktiraf kerana kecekapannya dalam mempercepatkan projek pembinaan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Beauvillas, Elaina Soon pada bengkel Rumah Mesra SMJ pertama yang diadakan untuk 40 kontraktor di kilang dan pejabat Beauvilla, baru-baru ini.





