Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peter minta penyokong KDM bersabar
Published on: Tuesday, November 08, 2022
Published on: Tue, Nov 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peter minta penyokong KDM bersabar
Sabtu lepas pencalonan Peter ditolak oleh SPR pusat pada saat-saat akhir sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokongnya.
KOTA MARUDU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony meminta semua penyokong parti supaya bersabar dan jangan terlalu emosi kerana pencalonannya ditolak ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu berkata masih ada ruang dalam undang-undang untuk membolehkan semakan terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, yang dibuat kerana beliau masih mempunyai kes mahkamah belum selesai.

Advertisement
“Mengetahui pencalonan ditolak, saya nampak banyak penyokong kecewa dan ada yang menangis, namun saya katakan ia hanya permulaan kerana kita masih boleh membuat semakan di mahkamah,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kampung Minansad di sini pada Isnin.

Sabtu lepas pencalonan Peter ditolak oleh SPR pusat pada saat-saat akhir sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokongnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 26 Mei lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik di Universiti Malaysia Sabah.

Mahkamah itu juga pada 1 Ogos lepas membenarkan permohonan Peter bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya.

Advertisement
Peter memfailkan permohonan tersebut bagi membolehkannya bertanding pada PRU15.

Di KOTA KINABALU, calon KDM bagi Parlimen Kota Kinabalu Datuk Seri Liaw Kit Siong berkata penolakan Peter sebagai calon untuk bertanding pada PRU15 tidak mematahkan semangatnya serta penyokong parti untuk terus berkempen memastikan kemenangan parti di parlimen itu. – Bernama

Advertisement
“Bagi saya tiada masalah, perkara itu akan meningkatkan lagi semangat kami kerana KDM adalah parti baharu, jadi kita perlu menaikkan nama KDM ke seluruh negara,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Liaw yang bertanding kali pertama dalam PRU15 bertekad untuk merampas kerusi Parlimen itu yang sinonim dengan DAP dan jika diberikan peluang oleh pengundi untuk memegang kerusi itu, beliau mahu meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan Sabah.

Liaw berdepan cabaran lima penjuru dalam usaha merampas Parlimen Kota Kinabalu iaitu penyandangnya Chan Foon Hin (Pakatan Harapan-DAP), Yee Tsai Yiew (Gabungan Rakyat Sabah-Parti Bersatu Sabah), Amanda Yeo Yan Yin (Warisan) dan calon Bebas Marcel Jude Joseph (Bebas).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here