Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wong, Rudia ungguli Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-30
Published on: Tuesday, November 08, 2022
Published on: Tue, Nov 08, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Wong, Rudia ungguli Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-30
PEMENANG Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-30 meraikan di atas pentas selepas majlis penyampaian hadiah pada Ahad lalu.
Kota Kinabalu: Wong Su Bin dan rakan pandunya Rudia Yanyah Nge Nre merangkul gelaran Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari ke-30, di sini pada Ahad lalu.

Bekas juara dari Lahad Datu itu berjaya mengekalkan ketenangan untuk mengatasi pencabar terdekat mereka dengan satu mata untuk membawa pulang hadiah utama bernilai lebih RM85,000 termasuk wang tunai RM10,000.

Advertisement
Tempat kedua dimenangi Roland Liew Sue Khiong dan rakan pandunya Sajeymee Janish yang menerima hadiah bernilai lebih RM54,000 termasuk wang tunai RM5,000, manakala Lee Thau Loi dan Hellary Soubin membawa pulang wang tunai RM 3,000 dan hadiah bernilai RM34,000 selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here