Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga emas terus diberi perhatian dalam Bajet 2023: KM
Published on: Tuesday, November 08, 2022
Published on: Tue, Nov 08, 2022
Text Size:
Text:
Warga emas terus diberi perhatian dalam Bajet 2023: KM
Hajiji berkata, kerajaan negeri  turut melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan program sejajar dengan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup golongan warga emas.  
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) memperuntukkan sebanyak RM105.11 juta termasuk sebanyak RM60 juta bagi pemberian bantuan kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal untuk tahun 2022 di negeri ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, berkata peruntukan itu adalah untuk memenuhi keperluan asas dan meningkatkan keselesaan hidup golongan memerlukan termasuk warga emas.
Advertisement
Katanya, kerajaan akan terus meningkatkan peruntukan dalam bajet 2023 akan datang, sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang memerlukanya khususnya warga emas di negeri ini.
“Sebagai Kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa mengambil berat keperluan setiap lapisan rakyat terutama golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, kerajaan akan terus menambahbaik sistem penyampaian bantuan kepada golongan sasar sama ada kepada individu mahupun keluarga yang kurang berkemampuan atas faktor  kesihatan, kecacatan dan kematian. “Kerajaan juga telah, sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga emas sentiasa terpelihara.
Advertisement
“Ini termasuklah menyalurkan peruntukan kepada kementerian dan jabatan berkaitan serta persatuan-persatuan warga emas di seluruh negeri, setiap tahun menerusi Bajet negeri,” katanya. Beliau berkata demikian sempena Perayaan Warga Tua Antarabangsa dan Ulang
Advertisement
Tahun Ke-23 Majlis Persatuan Warga Emas Sabah atau Cosca merangkap Makan Malam Pengumpulan Dana bagi Bangunan Cosca di sini malam Ahad lepas. Teks ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan. Hajiji berkata, kerajaan negeri  turut melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan program sejajar dengan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup golongan warga emas. “Antaranya memperkenalkan Program ‘Homeward’ bagi memastikan penyertaan komuniti dalam penjagaan kebajikan ahli keluarga terutama golongan warga emas. “Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) juga diyakini mampu meningkatkan budaya sihat dalam kalangan warga emas di negeri ini. Kesemua usaha ini jelas membuktikan bahawa golongan warga emas sentiasa dekat di hati Kerajaan. “Kita akan terus memastikan bahawa tidak ada kelompok masyarakat yang tertinggal daripada menikmati pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan. Mereka yang kurang bernasib baik tidak akan terpinggir atau tersisih. Sebaliknya, akan terus mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan,” katanya. Mengenai permohonan Cosca supaya kerajaan Sabah membantu persatuan itu untuk mempunyai bangunan sendiri,  kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara ini dan akan berusaha membantu demi kepentingan warga emas di negeri ini. “Persatuan warga emas termasuk Cosca yang kini berusia lebih 20 tahun memainkan peranan yang penting untuk membela dan mempertingkatkan hak-hak kepentingan warga emas. “Warga emas adalah sumber yang sangat penting untuk negara, masyarakat dan keluarga. Pengalaman, kepakaran, nasihat dan bimbingan warga emas telah banyak membantu Kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pembangunan negeri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here