Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
GRS lancar manifesto bertunjangkan 13 teras
Published on: Wednesday, November 09, 2022
Published on: Wed, Nov 09, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
GRS lancar manifesto bertunjangkan 13 teras
Hajiji (ketiga, kiri) bersama Dr Maximus, Dr Jeffrey, Yong dan Pandikar ketika melancarkan Manifesto GRS untuk PRU-15.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Selasa melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang digubal bertunjangkan 13 teras yang mengambil kira pandangan serta sentimen rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata teras pertama adalah memperkasakan ekonomi negeri dan rakyat Sabah menerusi tiga sektor utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, manakala teras kedua bermatlamat memperkasakan pengurusan sumber tenaga antaranya mengambil alih pengurusan Sabah Electricity Sdn Bhd di samping meneroka lebih banyak sumber tenaga baharu atau tenaga boleh diperbaharui.

Advertisement
Katanya meneruskan usaha tuntutan ke atas hak-hak negeri Sabah daripada kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 menjadi teras ketiga sementara memastikan kerajaan Persekutuan meningkatkan tahap keselamatan dan fasiliti pendidikan dengan menaik taraf sekolah daif, serta menambah baik kemudahan kesihatan merupakan teras keempat. Beliau berkata teras kelima pula memberi tumpuan kepada  pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat; keenam mahu menggalakkan penglibatan belia dalam arus pembangunan negara dan ketujuh memperkasakan urus tadbir perkhidmatan awam Sabah,” katanya ketika berucap melancarkan manifesto itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah pemimpin komponen GRS iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr Jefffry Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Manifesto itu turut meletakkan sasaran meningkatkan penglibatan dalam industri minyak dan gas sebagai teras kelapan, selain memberi keutamaan kepada pelaksanaan prasarana kemudahan asas terutama menyegerakan pembinaan lebuh raya Pan Borneo menjadi teras kesembilan. Menerusi teras ke-10, Hajiji berkata ia menyediakan kemudahan perumahan rakyat antaranya mempercepatkan pelaksanaan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 1,500 buah selain memperbaiki pengurusan tanah antaranya pengeluaran geran yang menjadi teras ke-11.

Advertisement
Katanya memastikan kestabilan politik, perpaduan kaum, keadilan dan kesejahteraan rakyat merupakan teras ke-12 manifesto manakala teras ke-13 adalah untuk terus menuntut semula penguasaan 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Menurut Hajiji manifesto itu juga digarap bertunjangkan empat perjuangan utama GRS iaitu Sabah Diutamakan, Sabah Melangkah ke Hadapan, Sabah Maju Jaya dan Sabah yang Bersatu.

Advertisement
“Sesungguhnya, manifesto GRS ini meletakkan kepentingan negeri dan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang ditawarkan juga adalah kejayaan yang kita capai selama dua tahun pemerintahan dan akan diteruskan demi kepentingan seluruh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir Sabah telah mencipta kestabilan politik, keharmonian serta suasana kondusif yang mudahkan pentadbiran dan pembangunan negeri untuk rakyatnya.

“Atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai, mandat yang diberikan rakyat kepada GRS dan BN untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 (tahun 2020) perlu diteruskan pada PRU15 kali ini,” katanya.

Hajiji berkata Sabah masih jauh ketinggalan meskipun telah berlaku kemajuan dan perubahan maka GRS serta semua pihak perlu bekerja lebih keras dan cerdas, pantas dan tangkas demi membawa Negeri di Bawah Bayu itu maju ke mercu kejayaan yang boleh dibanggakan.

“Kita boleh melakukan itu semua jika kita bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan kita akan menjadi kuat. Kita juga akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu dalam membawa suara dan perjuangan negeri dan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here