Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis lulus 369 permit kempen
Published on: Wednesday, November 09, 2022
Published on: Wed, Nov 09, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis lulus 369 permit kempen
Idris menyeru kepada semua parti politik supaya memohon kelulusan permit kempen sebelum memulakan kempen atau ceramah; mematuhi syarat kempen termasuk tiada unsur provokasi, fitnah dan perkauman; memastikan penyokong menjaga tingkah laku; dan mematuhi peraturan lalu lintas.
Kota Kinabalu:  Sebanyak 369 permit kempen telah diluluskan Polis Sabah sepanjang tiga hari pertama kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 178 permit kempen diluluskan Isnin lepas, dan hasil pemeriksaan pihak polis mendapati semua kempen dijalankan mempunyai permit serta mematuhi syarat kempen ditetapkan.

Advertisement
“Bagi tempoh antara 26 Oktober hingga 7 November sebanyak 39 laporan polis (berkaitan PRU15) telah diterima dengan satu laporan polis diterima dalam tempoh 24 jam (semalam).

“Sebanyak enam kertas siasatan telah dibuka dan siasatan sedang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Idris menyeru kepada semua parti politik supaya memohon kelulusan permit kempen sebelum memulakan kempen atau ceramah; mematuhi syarat kempen termasuk tiada unsur provokasi, fitnah dan perkauman; memastikan penyokong menjaga tingkah laku; dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah 15 November untuk pengundian awal dan 19 November sebagai tarikh mengundi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here