Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Calon Warisan di Sipitang tekad majukan sektor pertanian
Published on: Wednesday, November 09, 2022
Published on: Wed, Nov 09, 2022
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Calon Warisan di Sipitang tekad majukan sektor pertanian
Saya juga mengutamakan lebih ramai belia cakna dalam sektor pertanian, menguasai kemahiran, mengembangkan segala pontesi di mana akademik dan kemahiran belia seimbang, menurut Adnan.
SIPITANG: Calon Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Adnan Puteh, bertekad untuk memajukan sektor pertanian sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Menurutnya, ini kerana bidang pertanian adalah sektor yang memberi pulangan menguntungkan dan meningkatkan sumber bekalan makanan yang menjadi keperluan kritikal penduduk dunia pada masa ini.
Advertisement
“Saya juga mengutamakan lebih ramai belia cakna dalam sektor pertanian, menguasai kemahiran, mengembangkan segala pontesi di mana akademik dan kemahiran belia seimbang.

“Saya juga akan berusaha agar rakyat  dalam kawasan Parlimen P178 Sipitang dapat menikmati arus pembangunan serta membaiki keperluan rakyat terutama keperluan air bersih, jalan raya, komunikasi dan bekalan letrik yang banyak diadukan kepada saya,” katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerusi Parlimen Sipitang menyaksikan pertarungan tiga penjuru di mana Adnan dicabar oleh Datuk Matbali Musah (GRS – Bersatu) dan Lahirul Latigu (PH-Amanah).

Kawasan Parlimen Sipitang merangkumi Sipitang dan Lumadan dengan jumlah pengundi berdaftar 45,871. Penyandangnya ialah Datuk Yamani Hafez Bin Musa (Bersatu). Beliau tidak tidak mempertahankan kerusi itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here