Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Manifesto BN akan ditambah dalam konteks Sabah: Bung
Published on: Thursday, November 10, 2022
Published on: Thu, Nov 10, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Manifesto BN akan ditambah dalam konteks Sabah: Bung
“Ia (manifesto) mesti datang dari pemimpin Sabah, (dan) kita sudah rangka dan akan bentangkan nanti...sudah hampir siap, tidak banyak (penambahan)...cuma ada penambahan dua tiga perkara sebab manifesto BN (yang diumumkan) sudah cukup lengkap,” katanya.
Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Tanpa memperincikan perkara berkenaan, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata ia akan diumumkan sebelum hari pengundian pada 19 November ini.

Advertisement
“Ia (manifesto) mesti datang dari pemimpin Sabah, (dan) kita sudah rangka dan akan bentangkan nanti...sudah hampir siap, tidak banyak (penambahan)...cuma ada penambahan dua tiga perkara sebab manifesto BN (yang diumumkan) sudah cukup lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah perdana bersama calon Parlimen Sepanggar Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, malam Selasa lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Isnin lalu, BN melancarkan manifesto dengan menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN atau ringkasnya PADU, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Advertisement
Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata penambahan manifesto itu adalah atas permintaan BN Sabah yang juga turut dipersetujui BN Pusat selain menegaskan ia realistik dan relevan serta bukan semata-mata hanya untuk memancing undi rakyat.

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Kinabatangan dalam pada itu berkata BN Sabah tidak pernah merestui mana-mana calon yang bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan komponen parti itu kerana ia melanggar perjanjian dengan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisement
Dalam masa sama, Bung Moktar menegaskan tiada tindakan yang boleh diambil memandangkan calon berkenaan menggunakan loga PBRS untuk bertanding.

Pada Sabtu lepas, calon PBRS Datuk Ewon Ebin disahkan bertanding di Parlimen Ranau yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan penyandangnya Datuk Jonathan Yasin (GRS), Apirin Jahalan @ Taufik Sham (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here