Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pendekatan pragmatik GRS buahkan hasil membanggakan
Published on: Thursday, November 10, 2022
Published on: Thu, Nov 10, 2022
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Pendekatan pragmatik GRS buahkan hasil membanggakan
“Ayuh, marilah kita bersatu, berazam untuk cemerlang dan terus berjuang untuk meletakkan Sabah di puncak kejayaan,” kata Hajiji. 
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pendekatan pragmatik GRS telah membuahkan kejayaan membanggakan bagi pembangunan ekonomi Negeri dan rakyat, justeru kejayaan ini harus diteruskan.

“Berikutan kejayaan yang berterusan, mandat yang diberikan rakyat kepada GRS-BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. Uniknya bagi kita di Sabah, kerjasama antara GRS dan BN tidak hanya berjaya mewujudkan keharmonian dan kestabilan, tetapi kita juga mampu membangunkan negeri dan melindungi kepentingan hak rakyat secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Manifesto GRS PRU15 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Selasa lepas.

Advertisement
Hajiji berkata Oktober lalu genap dua tahun Kerajaan Negeri GRS-BN melaksanakan mandat rakyat dan sepanjang tempoh itu, mereka telah meraih banyak pencapaian bersama, seperti berikut;
  • Pertama, meningkatkan hasil negeri melalui fokus dan kesungguhan dalam memastikan semua pihak berkaitan memenuhi komitmen dan mengelakkan ketirisan.
  • Kedua, merintis pencapaian awal dengan pemerkasaan, penyertaan dan perkongsian hasil dalam industri minyak dan gas Sabah melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas. Selain itu, Petronas juga telah mula memenuhi komitmen penuh untuk membayar Cukai Jualan Negeri (CJN) mulai tahun lalu.
  • Ketiga, melaksanakan pendekatan mesra pelabur dan berjaya meningkatkan kadar pelaburan asing dan domestik, seterusnya membuka peluang pekerjaan. Sabah merekodkan pelaburan asing berjumlah RM12 bilion dan pelaburan domestik berjumlah RM942 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022 berdasarkan laporan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
  • Keempat, mengusahakan kenaikan empat kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta dalam kadar Geran Khas Persekutuan mulai tahun ini sebagai komitmen awal Kerajaan Persekutuan sehingga formula muktamad diputuskan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan GRS-BN akan terus mengembalikan jumlah kenaikan ini kepada rakyat melalui pelaksanaan inisiatif baharu iaitu pembinaan 1,500 unit Rumah Mesra SMJ.
  • Kelima, mendapat kuasa mengeluarkan permit dan lesen kapal dan peralatan menangkap ikan di Zon C2 di perairan Sabah.
  • Keenam, meningkatkan pengurusan khazanah hutan dan usaha kelestarian hijau.
  • Ketujuh, memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu termasuk untuk pembangunan generasi muda seperti bantuan pendidikan, latihan kepimpinan dan sebagainya. Ini termasuk bantuan untuk pelajar B40 seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) Sekali Bayar membabitkan sejumlah RM1,500 bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Matrikulasi, manakala RM2,000 untuk pengajian di peringkat Ijazah. Dijangkakan seramai 5,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan ini dengan peruntukan RM10 juta. Selain BUDI, alat bantu pendidikan yang lain ialah BAIK, BAKTI, BISBAH dan BISTARI. Kerajaan meneruskan komitmennya untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan sejumlah RM61.8 juta telah diperuntukkan untuk latihan, kursus dan pembangunan ICT.
  • Kelapan, pembinaan Rumah Mesra SMJ yang dilancarkan pada September lalu bagi mereka yang tidak memiliki rumah, terutamanya golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih. Rumah ini sedang dibina di semua 73 DUN, melibatkan geran khas berjumlah RM125.6 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.
  • Kesembilan, berjaya menarik pelaburan baharu menerusi memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM20 bilion kepada Sabah. Pelaburan baharu ini tertumpu kepada Taman Perindustrian Minyak & Gas Sabah (Sogip) di Sipitang yang diuruskan oleh agensi kerajaan negeri, Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC).
  • Kesepuluh, Kerajaan Negeri dijangka mengumpul dalam lingkungan RM2.45 bilion setahun secara berterusan dalam bentuk royalti dan bayaran SST daripada sektor minyak dan gas berikutan kemasukan Petrokimia (PetChem) dalam enakmen SST baru-baru ini,
  • Kesebelas, menyerahkan pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Kerajaan Negeri (memansuhkan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 289)
  • Kedua belas, pelaksanaan projek seperti projek Lebuhraya Pan Borneo, projek jalan luar bandar dan projek infrastruktur lain.
  • Ketiga belas, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk menguruskan perkhidmatan bekalan elektrik semasa proses penubuhan Suruhanjaya Tenaga tahun depan untuk mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), yang berkaitan dengan pengambilalihan bekalan elektrik di Sabah.

“Kita sendiri mengakui Sabah masih jauh ketinggalan walaupun sudah ada kemajuan dan perubahan. Ini bermakna kita perlu bekerja lebih gigih dan bijak, lebih pantas dan lebih tangkas demi membawa Sabah maju ke satu titik kejayaan yang boleh kita banggakan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, marilah kita bersama-sama mengekalkan momentum kejayaan ini agar kita mencapai kejayaan yang lebih cemerlang demi membina negeri dan negara yang makmur dan indah. Semua itu boleh kita lakukan jika bersatu, kerana hanya dengan perpaduan kita akan kuat. Kita juga akan dihormati jika kita kuat dan bersatu dalam membawa suara dan perjuangan negeri dan rakyat. Perjanjian GRS bukan sahaja penting bagi kita di Sabah. Perjanjian ini amat bermakna untuk membina perpaduan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus dipertahankan dalam Persekutuan Malaysia.

“Terjemahkan manifesto kita dengan kesanggupan mendahulukan kepentingan besar Negara daripada kepentingan peribadi dan kelompok. Sedarlah bahawa kuasa politik adalah amanah dan amanah daripada rakyat untuk memperjuangkan nasib dan masa depan negara tercinta.

Advertisement
“Sememangnya manifesto GRS meletakkan kepentingan negeri dan rakyat keseluruhannya. Apa yang ditawarkan dalam manifesto ini juga adalah kejayaan yang telah kita capai sepanjang dua tahun pemerintahan, dan akan berterusan untuk manfaat semua rakyat.

“Ayuh, marilah kita bersatu, berazam untuk cemerlang dan terus berjuang untuk meletakkan Sabah di puncak kejayaan,” kata Hajiji. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here