Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mara komited bantu sektor keusahawanan, pendidikan
Published on: Saturday, November 12, 2022
Published on: Sat, Nov 12, 2022
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Mara komited bantu sektor keusahawanan, pendidikan
Azizah (tengah) menyampaikan sumbangan YPM kepada pelajar
papar: Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited dalam misi untuk membantu usahawan dan masyarakat setempat, khasnya di luar bandar, dan sektor pendidikan.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata Mara merangka program fokus kepada matlamat untuk membantu usahawan serta masyarakat setempat dengan matlamat bagi memberi kefahaman mendalam.

Advertisement
“Kita beri pendedahan dan maklumat jelas mengenai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Mara sama ada melalui sektor keusahawanan dan pendidikan Mara.

“Program ini kita rangkumkan dalam bentuk interaksi rakyat secara langsung melalui pengisian yang dirangka seperti taklimat keusahawanan, taklimat pembiayaan, kemudahan premis Mara dan taklimat kemudahan pendidikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha ini bertujuan untuk membantu golongan sasar terutamanya usahawan dan komuniti luar bandar serta memberi manfaat secara terus mengenai kemudahan yang disediakan oleh pihak Mara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Lawatan Kerja Pengerusi Mara di sini, pada Jumaat.

Advertisement
Menurut Azizah, Mara turut membuat penelitian dan pemantauan kepada semua modul program yang dirangka bagi program taklimat keusahawanan dan pendidikan.

“Macam program ini yang berlangsung dengan disertai 20 penyewa Mara di daerah Papar, kita selalu memantau modul program dan hari ini pengisiannya adalah berkenaan kemudahan pembiayaan Mara, kemudahan premis perniagaan Mara, peluang pendidikan dan kemudahan pinjaman pelajaran Mara dan pembangunan usahawan,” katanya.

Advertisement
Azizah turut menyampaikan cek kemudahan Mara kepada penerima pembiayaan Mara dengan nilai keseluruhan RM610,000 bagi penerima Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPIKE), usahawan Dananita, usahawan Mudah Jaya dan usahawan Putra.

Seramai 10 usahawan menerima sijil penghargaan bayaran balik pinjaman terbaik, seorang penyewa daerah Papar dan Penampang pula menerima sijil penghargaan bayaran sewa balik.

Selain itu, 10 pelajar dari daerah Papar turut menerima sumbangan tunai Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berjumlah RM100 setiap orang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here