LAHAD DATU: Memastikan kebajikan rakyat, termasuk golongan belia, sentiasa terjaga menjadi keutamaan calon Barisan Nasional (BN), Datin Maizatul Akmam Alawi dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di kawasan ini.Maizatul yang kini dalam fasa berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, berkata beliau akan memberikan fokus serta keprihatinan terhadap semua golongan, termasuk golongan belia. Katanya, pelbagai program akan dirangka serta dilaksanakan bagi membantu belia seperti kursus-kursus keusahawanan bagi melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan belia.
“Menjadi usahawan adalah satu bentuk perniagaan yang akan dapat membantu golongan belia bagi menjana pendapatan.
Advertisement





