PENAMPANG: Calon PH Penampang Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa persaingan perkhidmatan wakil rakyat di Penampang boleh membawa manfaat kepada rakyat di daerah ini jika Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah orang yang berlainan.
“Selepas 19hb November ini, rakan saya, Datuk Darell (Leiking) masih menjadi Adun Moyog dan perlu menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di Dun Moyog, kata Ewon dalam satu kenyataan media.
“Jika rakyat Penampang memilih Ahli Parlimen yang baharu, ia akan mengujudkan persaingan sihat perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat di daerah ini.
Saya percaya Wakil-Wakil Rakyat Penampang akan lebih agresif memberi perkhidmatan kepada rakyat selepas 19hb ini."