Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menghargai sumbangan masyarakat Cina menerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) dalam membantu pertumbuhan ekonomi negeri, yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Sebagai Ketua Menteri, katanya, impian beliau adalah untuk membawa Sabah terus ke hadapan, membawa lebih banyak pembangunan kepada negeri dan rakyat secara keseluruhannya dan menjayakan sepenuhnya Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“KKCCCI sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam sektor perniagaan di negeri ini. Bukan hanya dalam perniagaan, malah KKCCCI juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan pendidikan dan kebudayaan Cina.
Advertisement





