Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perjuangan tuntut hak Sabah tidak terletak pada logo parti: Ewon 
Published on: Sunday, November 13, 2022
Published on: Sun, Nov 13, 2022
Text Size:
Text:
Perjuangan tuntut hak Sabah tidak terletak pada logo parti: Ewon 
Datuk Ewon Benedick
PENAMPANG: Perjuangan untuk menuntut hak Sabah tidak terletak pada logo mana-mana parti, tetapi melalui kepimpinan, kata calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu berkata, parti yang tidak menggunakan logo sendiri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sepatutnya dituduh tidak memperjuangkan hak Sabah.

Advertisement
“Penggunaan logo parti itu bukan faktor untuk menentukan siapa yang memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.

“Tanpa melihat kepada logo, Upko dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan telah memperjuangkan hak Sabah sampai ke mahkamah untuk menuntut 40 peratus Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka yang guna logo masing-masing dalam PRU15 ini, saya tidak nampak perjuangan mereka sampai ke mahkamah. Kalau berjuang setakat berjuang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen atau dalam kenyataan media, dalam parti, itu semua pun kita sudah buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Timpangoh Laut Sugud, dekat sini, Jumaat.

Advertisement
Ewon yang juga Naib Presiden Upko mengulas dakwaan mengatakan Upko mengorbankan logo sendiri dalam PRU15 dan tidak memperjuangkan hak Sabah.

“Kita pun mahu lihat parti yang guna logo sendiri ini, apa pendekatan mereka? Kalau tidak mahu berjuang dengan cukup berani dan setakat cakap dalam media, cakap dalam kempen pun sama juga, rakyat Sabah tidak akan mendapat keputusan.

Advertisement
“Kalau mahkamah sudah memutuskan saman yang kami failkan pada 3 Jun lepas, saya percaya keputusan itu baik untuk rakyat Sabah,” katanya.

Katanya lagi, sama ada menggunakan logo sendiri atau gabungan ia bukan persoalan yang sepatutnya dibangkitkan, sebaliknya pendekatan yang digunakan dalam memperjuangkan hak Sabah itu lebih penting.

Dalam kenyataan media pada Jumaat, calon Parti Warisan (Warisan) Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas mempersoalkan kebolehan Upko dalam menuntut hak-hak Sabah.

Menurutnya, jika logo sendiri terpaksa dikorbankan pada PRU-15 ini, bagaimana mereka mahu menuntut hak autonomi Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here