Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Beri Hajiji peluang untuk teruskan misi: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu
Published on: Monday, November 14, 2022
Published on: Mon, Nov 14, 2022
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Beri Hajiji peluang untuk teruskan misi: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu
Lui (kiri) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hajiji (kanan) atas peruntukan tahunan yang diberikan melalui pembentangan dalam talian kepada sekolah-sekolah Cina, mengatakan pembiayaan ini sangat membantu meringankan tekanan kewangan sekolah-sekolah terbabit dalam masa yang sukar ini, supaya mereka dapat meneruskan operasi sekolah di bawah jagaan KKCCCI.
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah digesa mengetepikan sikap prasangka dan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi kebaikan Sabah, dan berganding bahu untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi bagi memastikan kestabilan komuniti dan perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui berkata, KKCCCI menyokong penuh jaminan Hajiji dalam ikrarnya untuk terus menjadi Ketua Menteri yang berjiwa rakyat untuk berkhidmat kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik.

Advertisement
Selain itu, katanya, Ketua Menteri juga memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Kami menaruh kepercayaan penuh kepada Ketua Menteri yang sentiasa berusaha memulihkan ekonomi negeri daripada pandemik Covid-19 demi mencapai matlamat Sabah Maju Jaya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here