Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Atlet Sabah raih tiga emas, dua perak dalam acara orang kuat di Jakarta
Published on: Tuesday, November 15, 2022
Published on: Tue, Nov 15, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Atlet Sabah raih tiga emas, dua perak dalam acara orang kuat di Jakarta
(DARI kiri) Randy, Flavia, Joyce dan Hazel bersama hadiah kemenangan mereka.
Kota Kinabalu: Atlet-atlet Sabah membawa pulang tiga emas dan dua perak dalam acara orang kuat yang diadakan sempena Festival Minggu Sukan Jakarta di kota Senayan pada hujung minggu.

Joyce Heng meneruskan kemenangan di pentas antarabangsa dengan satu emas dalam kategori terbuka wanita dengan rutinnya log press (78kg), yoke walk (145kg), viking press (55kg) dan bus pull (10 tan), sementara rakan sepasukan Hazel Hiltor menamatkan saingan di belakangnya di tempat kedua.

Advertisement
Seorang lagi rakan sepasukan Flavia Luntak menyumbang dua emas dalam kategori wanita bawah-65kg dan bawah-75kg dan satu-satunya atlet lelaki Randy Roy memenangi perak dalam kategori lelaki bawah-95kg.
Sementara itu Joyce mendedikasikan kemenangannya kepada mendiang bapanya yang meninggal dunia semasa dia berada dalam penerbangan ke Jakarta pada Jumaat lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berasa ralat tidak dapat menghadiri pengebumiannya tetapi saya tahu dia dia pasti sangat gembira saya memenangi emas, dan saya ingin mendedikasikan kemenangan saya kepadanya,” katanya pada Isnin.

Dia juga mendedahkan bahawa Kejohanan Olahraga Master Antarabangsa KL dari 3-4 Disember akan menjadi kejohanan yang seterusnya di mana dia akan mengambil bahagian dalam acara lontar peluru, lempar cekera dan rejam lembing dalam kategori 35-39 tahun, sementara Kejohanan Orang Kuat Lelaki dan Wanita Borneo dari 10-11 Disember di Brunei kemungkinan akan menjadi pertandingan terakhirnya tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here