PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Penampang Datuk Ewon Benedick mengingatkan Presiden Parti Warisan Datuk Shafie Apdal bahawa beliau tidak akan menjadi Ketua Menteri pada 2018 “jika tidak kerana Upko dan saya”.Adun Kadamaian itu menyangkal tuduhan Shafie bahawa beliau cuba memecahbelahkan pengundi Kadazan di Penampang dengan bertanding menentang Datuk Darrel Leiking dari Warisan yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen dan sedang menghadapi cabaran paling sukarnya.
“Dalam ucapannya, Shafie mempersoalkan kenapa saya kembali ke Penampang untuk menyemai perbalahan dalam kalangan pengundi tempatan yang mana saya rasa ia satu tuduhan yang sangat tidak adil.
Advertisement





