Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah dibentang April tahun depan
Published on: Thursday, November 17, 2022
Published on: Thu, Nov 17, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah dibentang April tahun depan
Hajiji, yang juga Pengerusi GRS (Gabungan Rakyat Sabah) menggesa pengundi Tawau supaya berhati-hati membuang undi dan memilih wakil rakyat yang mementingkan kebajikan mereka.
TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata rang undang-undang yang akan memberi laluan kepada pembentukan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada April tahun depan.

Dengan penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah, beliau berkata Negeri akan mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan sumber tenaganya, terutamanya elektrik.

Advertisement
“Ini adalah sebahagian daripada tuntutan Kerajaan Negeri GRS-BN berhubung hak kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya pada majlis bertemu rakyat dalam satu majlis makan malam di Dewan Kung Ming SJK (C) di sini Selasa lepas. Bersama beliau ialah calon GRS-BN bagi Tawau, Lo Su Fui dan Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Hajiji, yang juga Pengerusi GRS (Gabungan Rakyat Sabah) menggesa pengundi Tawau supaya berhati-hati membuang undi dan memilih wakil rakyat yang mementingkan kebajikan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, calon GRS-BN bagi Tawau, Lo Su Fui dilahirkan dan dibesarkan di Tawau, jadi beliau amat memahami keperluan penduduk di sini. Beliau berkata kerjasama antara GRS dan BN (Barisan Nasional) yang terjalin sebelum pilihan raya negeri 2020 dan merupakan jalan terbaik untuk Sabah terus maju.

“Ini satu-satunya cara untuk kita membangunkan Sabah dan kerjasama ini mesti diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon GRS-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata Parti Warisan cemburu dengan Kerajaan Negeri GRS-BN kerana telah membangunkan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Mereka (Warisan) tidak ada rancangan sebegitu (semasa berada dalam kerajaan). Mereka tidak mempunyai program atau platform yang jelas. Tetapi Kerajaan Negeri GRS-BN, kita ada SMJ, iaitu slogan pada lambang Negeri kita bahawa digubal dengan mengambil kira manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata beberapa projek akan dimulakan tahun depan di sini termasuk pembinaan Jalan Utara Tawau dan Loji Rawatan Air Cintamata Tawau bernilai RM400 juta. Mengambil kira penyertaan aktif Tawau dalam memajukan kebudayaan, beliau berkata Kerajaan Negeri GRS-BN akan membina Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC).

Paling penting, katanya adalah kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada sektor minyak dan gasnya melalui Petronas.

“Semua hasil ini akan disalurkan semula kepada rakyat. Tiada guna kita bercakap mengenai projek mega tetapi rakyat tetap miskin,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Ketua Menteri yakin dengan peluang Lo dan Andi, yang juga Adun Tanjung Batu, pada pilihan raya Sabtu ini (19 November).

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis makan malam itu termasuk Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Adun Balung Datuk Hamil Awang, Adun Kukusan Rina Jainal, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali , serta pemimpin parti komponen GRS dan BN yang lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here