Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Calon Warisan tuduh guna peruntukan pusat untuk kegunaan peribadi: "Saya maafkan Jo-Anna: Madius"
Published on: Thursday, November 17, 2022
Published on: Thu, Nov 17, 2022
Text Size:
Text:
Calon Warisan tuduh guna peruntukan pusat untuk kegunaan peribadi:
Madius (kiri) dan Jo-Anna
Tuaran: Calon Pakatan Harapan P170 Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengambil pendekatan mesra terhadap calon-calon lain yang cuba membuat provokasi terhadapnya.Terbaru, beliau hanya tersenyum apabila diminta mengulas dakwaan calon Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas, yang kononnya Madius menggunakan peruntukan pusat untuk kegunaan peribadi.
Advertisement
“Itu satu dakwaan yang berat. Sebagai seorang wanita dewasa dan matang, sepatutnya beliau faham bahawa sesuatu tuduhan tanpa asas yang kukuh dan sahih boleh menyebabkan beliau diambil tindakan undang-undang.
“Tetapi saya maafkan dia. Mungkin dia tidak tahu apa yang dia katakan sebab dia baru dalam proses berjumpa dengan rakyat Tuaran. Belum sempat dia masuk semua kawasan. Saya maafkan dia,” jawab Madius ketika ditemui pada kempen PH di PDM Tuaran Bandar, di sini, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah, pihak-pihak yang masih merasa ragu boleh juga bertanya dengan rumah-rumah ibadat, kampung-kampung di sekitar Tuaran dan calon-calon pelajar SPM 2021. “Antaranya, kita menaja e-tuisyen untuk semua pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada 2021 melibatkan peruntukkan sebanyak RM300,000.
Advertisement
“Beberapa projek ‘Ram-Pump’ turut dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah bekalan air di beberapa kampung. Pada Khamis ini (esok), saya akan rasmikan salah satu projek tersebut di Pekan Nabalu bernilai lebih RM40,000. “Ini belum termasuk sumbangan-sumbangan kebajikan kepada rakyat Tuaran yang dilanda musibah. Jangan risau, kerja-kerja ini banyak dimuatnaik di facebook, kita akan cuba tag dia (Jo-Anna) nanti,” katanya.

Advertisement
Madius turut menegaskan, PRU15 pada kali ini adalah bertujuan menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi, kepimpinan dan salah guna kuasa. “Kita selamatkan negara daripada pemimpin-pemimpin yang mengamalkan salah guna kuasa dengan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here