Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Guru ponteng kelas: "Jejaskan masa depan pelajar cari kerja: Saksi"
Published on: Thursday, November 17, 2022
Published on: Thu, Nov 17, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru ponteng kelas:
ABDUL Shahril (di belakang), Mohammad Hafiezzamani (kanan) dan Nur Natasha bersama peguam mereka, Sherzali.
Kota Kinabalu: Kejadian di mana seorang guru tidak memasuki kelasnya untuk mengajar pelajar Tingkatan Empat lima tahun lalu, akan memberi impak kepada masa depan pelajar dalam mencari pekerjaan.

Abdul Shahril Abdul Sahar, 21, yang merupakan saksi ketujuh dalam perbicaraan kes saman sivil terhadap guru Bahasa Inggeris itu dan empat yang lain, berkata kejadian itu akan menjejaskan pelajar apabila mereka mencari pekerjaan pada masa akan datang.

Advertisement
“Sebagai contoh, rakan saya yang lebih mahir dalam Bahasa Inggeris akan  lebih berkemungkinan diambil bekerja daripada saya apabila kami mencari pekerjaan.

“Kesannya kepada saya juga adalah rakan-rakan saya dari sekolah lain mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang lebih tinggi daripada saya, dan saya berasa terkilan dan kesal kerana ‘JJ’ (guru) tidak masuk ke kelas kami dan mengajar kami,” kata Abdul Shahril.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Abdul Shahril memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi David Leonard Shim, dalam saman yang difailkan oleh tiga bekas rakan sekelasnya di SMK Taun Gusi, Kota Belud. Rakan sekelasnya itu ialah plaintif pertama Rusiah Sabdarin, plaintif kedua Nur Natasha Allisya Hamali dan plaintif ketiga Calvina Angayung.

Advertisement
Ketiga-tiga mereka telah menamakan guru Mohd Jainal Jamrin (Cikgu JJ), Hj Suid Hj Hanapi (atas kapasitinya sebagai pengetua SMK Taun Gusi), Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia serta Kerajaan Malaysia, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Mereka antara lain mendakwa guru itu gagal hadir ke kelas untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, manakala defendan lain tidak mengambil tindakan munasabah walaupun telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Advertisement
Menurut Abdul Shahril, dia bersetuju pada 2017 dia merupakan seorang pelajar yang suka membuang masa dan tidak berminat untuk belajar, tetapi kini dia sedar bahawa tindakan guru itu tidak masuk kelas untuk mengajar pelajar akan menjejaskan masa depan dan dia tidak mahu generasi akan datang mengalami nasib serupa seperti dia.

Tambahnya, walaupun dia tidak berminat untuk belajar pada waktu itu, rakan sekelasnya yang lain mahu belajar dan sewajarnya menerima pendidikan daripada ‘JJ’ yang sepatutnya menjalankan tugasnya sebagai guru.

Abdul Shahril selanjutnya berkata, dia tidak mahu menyalahkan ‘JJ’ atas kegagalannya dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi mahu ‘JJ’ bertanggungjawab atas tindakannya tidak masuk kelas untuk mengajar.

Dia seterusnya memberi keterangan bahawa semasa di sekolah menengah, dia mengaku tidak ambil peduli sama ada guru itu masuk ke kelas atau tidak, tetapi selepas sekolah menengah dan masuk ke kolej, dia menyedari kesan ketidakhadiran guru itu di dalam kelas.

Sementara itu, saksi kelapan Mohammad Hafiezzamani berkata ketiadaan guru dalam kelas menjejaskan keputusan dalam subjek Bahasa Inggeris Tingkatan Empat.

Katanya, dia gagal dalam peperiksaan akhir subjek Bahasa Inggeris semasa di Tingkatan Empat tetapi lulus dalam keputusan SPM kerana di Tingkatan Lima, gurunya bernama Nurhaiza memasuki kelas dan mengajar mereka.

“Antara kesan yang kami alami apabila ‘JJ’ tidak masuk kelas, kami tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang penting.

“Pihak sekolah perlu menyediakan guru ganti sekiranya guru yang ditugaskan tidak dapat hadir ke kelas,” katanya.

Peguam Sherzali Herza Asli mewakili plaintif sementara Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim dan Peguam Persekutuan Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir mewakili defendan.

Perbicaraan akan bersambung pada 23 Nov.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here