Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Jangan ulangi kesilapan: Noraini
Published on: Friday, November 18, 2022
Published on: Fri, Nov 18, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jangan ulangi kesilapan: Noraini
Noraini menyeru mereka agar tidak mengulangi kesilapan sama iaitu memberi kepercayaan kepada pembangkang untuk memimpin negara, pada hari pengundian, esok.
PENAMPANG: Pengundi, terutama di sini, diingatkan tentang banyak janji dan manifesto pembangkang (Pakatan Harapan) yang tidak ditunaikan semasa mereka mentadbir kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Ketua Wanita Umno Penampang Senator Datuk Noraini Idris berkata mereka mesti bijak ketika membuang undi supaya tidak terpengaruh lagi dengan janji-janji lain untuk memancing undi.

Advertisement
Beliau menyeru mereka agar tidak mengulangi kesilapan sama iaitu memberi kepercayaan kepada pembangkang untuk memimpin negara, pada hari pengundian, esok.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan maklumat atau penjelasan yang jelas kepada mereka. Jangan ulangi kesilapan PRU14 lalu kerana ramai yang terpedaya dengan janji dan manifesto pembangkang, dan ramai yang tersilap mengundi pembangkang kerana percaya janji-janji ‘bulan dan bintang’ pembangkang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Antara janji kosong dan tidak ditunaikan adalah seperti di bawah: 
  1. Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya (PRU14) hari ini dan menjadi kerajaan, esok harga minyak akan turun;
  2. Memberi pendidikan percuma untuk semua;
  3. Menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar universiti;
  4. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) untuk isteri yang tidak bekerja;
  5. Menghapuskan hutang peneroka felda;
  6. Memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi menggantikannya dengan memperkenalkan enam cukai baharu yang tidak dapat menurunkan harga barang.

“Apabila mereka menjadi kerajaan Persekutuan, semua janji ini tinggal janji dan apabila rakyat menuntut semua termasuk manifesto mereka ditunaikan, pembangkang kata manifesto bukan kitab suci yang tidak perlu ditunaikan,” katanya kepada Harian Ekspres, baru-baru ini .

Advertisement
Demikian juga, Noraini yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno Sabah berkata pembangkang mahu memansuhkan skim pencen kerana bayaran pencen bulanan membebankan kerajaan. Beliau berkata pembangkang juga mahu memperkenalkan dasar kesaksamaan kaum berdasarkan merit yang secara tidak langsung akan menghapuskan hak keistimewaan rakyat Bumiputera.

Malah, beliau mendakwa ramai penjawat awam yang mengundi pembangkang (PH) pada PRU14 lalu kerana tertipu dengan janji bulan dan bintang.

Advertisement
“Penjawat awam malah kesal kerajaan (PH) mempunyai menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan mahu mengurangkan penjawat awam setiap tahun sebanyak 1 peratus daripada jumlah asal penjawat awam. 1.6 juta orang.

“Sebabnya jumlah penjawat awam yang ramai ini membebankan kewangan kerajaan untuk membayar gaji setiap bulan. “Justeru, kita perlu meyakinkan rakyat di luar sana untuk memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara.

“Kita akui BN bukan kerajaan 100 peratus sempurna, tetapi di mana dalam dunia ini ada kerajaan 100 peratus sempurna? Tetapi jika dibandingkan dengan PH yang diberi peluang mentadbir negara, BN adalah lebih baik untuk menjadi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau di Sabah.

“BN sebagai sebuah kerajaan mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membawa pembangunan kepada negara. Sepanjang 60 tahun BN memerintah, banyak dasar dan pembangunan kerajaan terbukti memberi manfaat dan kemakmuran kepada rakyat termasuk di Sabah,” kata Noraini.

P174 Penampang menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk penyandangnya Datuk Darell Leiking dari Warisan, Datuk Ewon Benedick dari Pakatan Harapan-Upko, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kenny Chua dan seorang calon Bebas, Richard Jimmy.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here