PEKAN NABALU: Sebuah sistem bekalan air graviti menggunakan tenaga solar di Kampung Nuluhon di sini kini beroperasi dan menampung keperluan kira-kira 350 penduduk.Projek tersebut dimulakan pada September tahun ini dan siap Oktober 2022 menggunakan peruntukkan bernilai kira-kira RM40,000 yang dibiayai bekas Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau.
Pembinaannya dilakukan dengan kerjasama sebuah institusi pengajian tinggi tempatan melalui program khidmat masyarakat dengan para penduduk secara bergotong-royong.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Madius dalam satu acara ringkas, di sini pada Khamis.
Beliau yang juga calon Pakatan Harapan P170 Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 berkata, selain memberikan kelegaan kepada penduduk kampung, bekalan air itu juga menjadi sumber air bersih kepada sebuah Klinik Kesihatan Desa.