Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Terima keputusan dengan hati terbuka: PM
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Terima keputusan dengan hati terbuka: PM
“Saya juga berharap malam ini apabila menerima keputusan, semua kita boleh menerima keputusan yang diumumkan dengan semangat yang tinggi tanpa menimbulkan kekecohan di mana-mana sekali pun.
PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak menerima pilihan rakyat menerusi keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hari ini dengan hati terbuka tanpa mencetuskan sebarang provokasi dan kekecohan.

Beliau berkata, menang atau kalah adalah adat pertandingan dan harus diraikan dengan matang serta berhemah.

Advertisement
“Saya harap esok (hari ini) pada hari mengundi dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang provokasi di seluruh negara.

“Saya juga berharap malam esok (malam ini) apabila menerima keputusan, semua kita boleh menerima keputusan yang diumumkan dengan semangat yang tinggi tanpa menimbulkan kekecohan di mana-mana sekali pun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita terimalah pilihan rakyat dengan dengan hati terbuka, menang atau kalah adat pertandingan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Pada pilihan raya umum kali ini, lebih 21 juta pengundi termasuk pengundi baharu berusia 18 tahun ke atas mengundi, hari ini.

Advertisement
Mengulas lanjut, perdana menteri berharap insiden provokasi tidak berulang selepas PRU15 sepertimana perarakan baju hitam dan tuduhan 30,000 pengundi warga Bangladesh sebagai pengundi hantu.

“Tuduhan itu sebenarnya tidak berlaku pun, jadi ia tidak baik untuk negara dan perlu dielakkan pada PRU15 ini,” katanya yang juga calon BN kerusi Parlimen Bera.

Advertisement
Dalam pada itu, Ismail yang juga naib presiden Umno bersyukur dua minggu kempen berjalan dengan lancar tanpa insiden tidak diingini.

Katanya, situasi itu membuktikan kematangan berpolitik rakyat negara ini.

“Alhamdulillah selepas dua minggu berkempen saya lihat kempen berjalan lancar di seluruh negara dan tidak ada kejadian tidak diingini sekali gus membuktikan kematangan rakyat Malaysia berpolitik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here