Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Profesor Uniten saintis paling berpengaruh dunia
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Profesor Uniten saintis paling berpengaruh dunia
Prof Dr M A Hannan secara konsisten telah menerbitkan 255 artikel yang diindeks Web of Science dengan jumlah sitasi 7,911.
Kuala Lumpur: Pakar kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (Uniten)  Profesor Dr M A Hannan diiktiraf sebagai saintis paling berpengaruh di dunia daripada Clarivate Analytics berdasarkan laporan Highly Cited Researchers 2022.

Uniten dalam kenyataan pada Jumaat berkata pengiktirafan itu berdasarkan penerbitan kajiannya yang signifikan dalam bidang kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui serta tersenarai dalam kedudukan teratas satu peratus sitasi dalam tempoh 11 tahun dari Januari 2011 hingga Disember 2021.  “Prof Dr M A Hannan secara konsisten telah menerbitkan 255 artikel yang diindeks Web of Science dengan jumlah sitasi 7,911.

Advertisement
“Beliau merupakan antara penyelidik terhebat dari 69 negara yang mendapat pengiktirafan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Naib Canselor Uniten Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman berkata kejayaan itu meletakkan Uniten di persada global dalam kecemerlangan penyelidikan saintifik yang membawa kebanggaan kepada universiti dan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here