Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
SESB sedia janakuasa bergerak pastikan bekalan stabil
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
Text Size:
Text:
SESB sedia janakuasa bergerak pastikan bekalan stabil
Sebanyak 26 janakuasa bergerak dan mudah alih akan disediakan oleh SESB sebagai plan mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi komitmen untuk memastikan bekalan elektrik di semua pusat penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berada dalam keadaan yang stabil dan baik.

Sebanyak 26 janakuasa bergerak dan mudah alih akan disediakan oleh SESB sebagai plan mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan.

Advertisement
Kesemua  janakuasa  bergerak  dan  mudah  alih  itu  ditempatkan  di  semua  Pusat Penjumlahan Undi.

“SESB mahu memastikan proses pengundian untuk PRU-15 ini berjalan dengan lancar dan  tidak  ada  insiden  gangguan  bekalan  elektrik  berlaku  yang  boleh  menjejaskan proses pilihan raya,” Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata dalam satu kenyataan media Khamis lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 500 anggota kerja SESB akan bertugas secara bergilir pada hari ini di semua Pusat Pembuangan dan Penjumlahan Undi, selain bersedia di BiliK Gerakan yang sudah diaktifkan di ibupejabat Wisma SESB.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here