Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Amaran kepada peniaga
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Amaran kepada peniaga
Julie turut menasihatkan orang ramai supaya lebih waspada ketika membeli-belah dan membuat aduan terus kepada KPDNHEP dengan resit pembelian sebagai bukti, jika mendapati kesalahan serupa. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
SIPITANG: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga agar tidak menipu pelanggan dengan memaparkan harga murah, namun berlainan di kaunter. Ketua KPDNHEP Beaufort, Julie Julhani berkata, “Aduan ini diterima daripada orang ramai semasa membeli-belah di sebuah pasar raya, di mana harga murah dipamerkan, tetapi apabila pembayaran dibuat di kaunter harganya berbeza”.
Advertisement
Dalam aduan minggu lepas itu, pengguna tersebut mengatakan harga krim putar yang diletakkan di atas di rak adalah RM7.50, tetapi apabila dibayar di kaunter harganya berubah menjadi RM8.90.

Begitu juga barang lain seperti serbuk perasa jenama tertentu berharga RM6.20 di rak, tetapi setelah bayaran dibuat, resit menunjukkan harganya 70 sen lebih mahal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah unsur penipuan terhadap pelanggan dan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” kata Julie.

Sejurus menerima aduan itu, sepasukan pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pasar raya tersebut dan mengesahkan perkara itu. Pasar raya itu dikenakan kompaun kerana melakukan pencatutan harga, katanya.

Advertisement
Julie turut menasihatkan orang ramai supaya lebih waspada ketika membeli-belah dan membuat aduan terus kepada KPDNHEP dengan resit pembelian sebagai bukti, jika mendapati kesalahan serupa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here