Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Baitulmal sumbang RM25,000 kepada lima institusi kebajikan
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
Text Size:
Text:
Baitulmal sumbang RM25,000 kepada lima institusi kebajikan
OMAR (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang, Mohd Bukhari Awaluddin, sambil disaksikan Tun Juhar (kedua dari kiri).
Kota Kinabalu: Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menyumbangkan RM25,000 kepada lima institusi kebajikan.Pengerusi PBNS, Datuk Dr Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar berkata, sumbangan daripada dana Kumpulan Wang Amal Jariah Baitulmal (KWAB) itu disalurkan untuk menyantuni golongan pelajar di Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kg Benoni Papar; Darul Uluumil Quraniyyah As Sobirin Kinarut, Papar; Maahad Tahfiz Swasta Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam, Kudat; Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang; dan Persatuan Pengurusan Home Tuaran.
Advertisement
“PBNS bekerjasama dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan menepati kriteria yang ditetapkan.

“PBNS menyumbang RM5,000 sementara YNJ menyumbang RM10,000, menjadikan jumlah yang diterima oleh setiap institusi ialah RM15,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami juga mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan YNJ dan agensi kerajaan lain dalam beberapa program pada masa akan datang,” katanya kepada media. Penyerahan bantuan kewangan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Pada majlis tersebut, YNJ turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah.

Advertisement
Sementara itu,  Pengetua Maahad Tahfiz Benoni, Ag Arsad Ag Kahar menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana menjadi penerima sumbangan buat kali ketiga sejak tiga tahun lalu.

“Terima kasih kepada Baitulmal dan YNJ kerana sumbangan ini sangat membantu ini adalah kali ketiga kami menerima sumbangan dari YNJ, menjunjung kasih Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan,” ujarnya.

Advertisement
Berkongsi kegembiraan yang sama ialah Penyelaras Persatuan Pengurusan Home Tuaran, Dr Arsiah Bahron yang berpandangan sumbangan tersebut dapat membantu kos operasi di institusi berkenaan.

“Saya amat berterima kasih atas sumbangan ini yang dapat membantu operasi kami di rumah kebajikan. “Biasanya untuk belanja operasi, kita perlu membeli bahan-bahan mentah untuk penghuni dan membayar elaun staf di samping melengkapkan kemudahan asas serta kos utiliti,” jelas beliau.

Manakala, Presiden Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Datuk Eva Susau pula memaklumkan dana RM10,000 yang diterima akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu membiayai kos pembedahan bagi golongan pesakit jantung kanak-kanak yang kurang mampu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here