Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Petugas SPR meninggal dunia selepas pengsan di pusat pengundian
Published on: Saturday, November 19, 2022
Published on: Sat, Nov 19, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Petugas SPR meninggal dunia selepas pengsan di pusat pengundian
Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bertugas.
PETALING JAYA: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika sedang bertugas di Sekolah ACS Methodist, Jalan Raya Barat, Klang, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 45 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri dengan pihak ambulans membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi rawatan susulan.

Advertisement
Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata mangsa dirawat di zon kecemasan HTAR Klang, namun pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal pihak polis dan keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, HTAR Klang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
GE15
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here